TUAN TANAH SEDANG ONLINE
HAMBA ALLAH


Skin by : Mrs Yaya
Full Edited : Ainie Muniera
Blog Owner : Anis Sakinah
best view : mr.google


Home The Owner List Story




Assalammualaikum.
Sila Tinggalkan Jejak Anda Ye! Syukran^^

Followers



Sabar itu Indah
   
 
    Apa itu Sabar???


Sabar dari sudut istilah,bermaksud menahan diri daripada sifat gelisah dan beremosi,menahan lisan daripada mengeluh serta anggota badan daripada perbuatan yang tidak terarah.

      Firman Allah yang bermaksud :" Dan bersabarlah kamu  bersama-sama dengan orang yang menyeru
 Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami,serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas(Surah al-Kahfi 18:28).



Menerusi ayat diatas,bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman,yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.Perintah sabar di atas sekali gus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama debgan orang yang lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

        Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Dan solat itu laksana sinar rembulan ,sedekah itu bukti keimanan ,sedangkan sabar itu laksana sinar matahari ." (Riwayat Muslim)

 Sememangnya,sabar itu bukan perkara mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan.Meskipun sinar mentari itu panas dan tidak menyelesakan,manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada pelbagai tanaman dan tumbuhan serta haiwan  agar hidup segar dan sihat.Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari.Itulah ibarat sifat sabar.Kita memerlukan walaupun ia menagih sedikit kesusahan.Ternyata sabar itu indah!

Maka,jangan sekali-kali kita mengeluh dengan ujian yang Allah berikan.Mereka yang bersikap seperti ini kerap mengomel lantaran kerja atau tekanan yang dihadapi walaupun kecil apatah lagi yang besar.Biasanya sifat ini hadir lantaran rapuhnya hubungan dengan Allah s.w.t. mempunyai hati yang bersangka baik dengan Allah s.w.t atas setiap dugaan yang berlaku dalam hidupnya,Bebanan hidup yang berat adalah satu bentuk ujian Allah kepada manusia.Ujian itu diberi untuk menguji menguji sama ada manusia beroleh syurga atau neraka.


| Newer Post