![]() ![]() Assalammualaikum. Followers |
Warkah untukmu Ayah...
سم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على سيدينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم PENGORBANANMU YANG TIADA GANTI AYAH... Begitu sukar meluahkan, melakarkan, menuliskan sebuah tinta berkaitan pengorbanan.Apatah lagi membicarakan atau berkata-kata mengenai pengorbanan kerana pengorbanan itu tidak akan hidup,bermakna dan penuh erti tanpa perasaan kasih dan cinta.Bahkan perasaan cinta itulah seseorang sanggup berkorban dan terus berkorban.Mengorbankan segala keringat,tenaga,harta,buah fikiran, diri, jiwa sehingga nyawa, kerana sebuah perasaan yang wujud dalam jiwanya iaitu kasih sayang dan cinta... Inginku coretkan kasih sayangku ini didalam tinta yang ku tulis ini khas untukmu bernama Ayah.. Wahai ayah, Kasih itu umpama kuasa penggerak kepada terlaksananya pengorbanan.Dan kasih yang suci ,jernih nan abadi membawa manusia ketahap kasih yang tertinggi dalam sejarah pengorbanan. Firman Alah SWT yang bermaksud : " Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana keredhaan Allah SWT, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya." Wahai Ayah, Ku yakin dengan keikhlasanmu dalam mencari rezeki demi anak-anakmu. Keikhlasanmu nan satu mencari redha Allah SWT. Keyakinanmu yang sangat kuat pada yang Maha Pemberi Rezeki sama ada dalam waktu yang cepat ataupun lambat . Jangan bimbang Ayah,itu semua memberi kami pelajaran dan pengajaran. Wahai Ayah, Yakinlah bahawa Allah sedang memeliharamu dengan pelbagai cobaan yang akan meningkat darjatmu di hari akhirat kelak.InsyaAllah..Ku lihat Ketenanganmu, Kesungguhanmu ,dan Ketabahanmu menjadi tauladan bagiku untukku belajar menjadi kuat seperti mu.. Wahai Ayah, Hanyalah ku pohon doamu dan restumu supaya anak-anakmu dipermudahkan segalanya oleh Allah sama ada didunia mahupun diakhirat.InsyaAllah akanku balas jasamu!!! walaupunku tahu segala penat lelahmu,hartamu,tenagamu tidak ada tolok bandingnya berbanding PENGORBANANMU... Akhir Kalam......... Ingin ku Luahkan!!!! ![]() cintaislam91, Kulai Jaya, Johor. |