![]() ![]() Assalammualaikum. Followers |
Beratnya Tanggungjawab Seorang Lelaki....
![]() Wahai insan bergelar Ayah,Suami,Abang dan anak lelakinya, beratnya tanggungjawab yang dipikulmu.Peringatan buat anda.Moga kalian dapat membimbing kami ke jalan yang diredai... 1 Ayahnya, Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memeberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat , mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.Tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia maka dia akan ditarik oleh anaknya. 2 Suaminya , Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas dipejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang alim ( solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya. 3 Abang-abangnya, Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya.Jika mereka hanya mementingkan kelaurganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat. 4 Anak Lelakinya , Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu akan kelakuan yang haram di sisi Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita yang bukan sahaja di dunia malah diakhirat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah,suami,abang atau anak harus memainkan peranan mereka..Tidak lupa juga kepada Wanita, bantulah kaum Adam.Tutuplah auratmu kerana Maruahmu sangat berharga!!
" Hai orang -orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan -Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"
-( At-Tahrim : 6 ) ![]() |