![]() ![]() Assalammualaikum. Followers |
Hormat Vs Haram ???
Assalammualaikum.... Hormat Vs Haram ??? Salam lebaran buat sahabat-sahabat sekalian..Ini adalah catatan hatiku yang ditulis pada tarikh 7 sept 2011 (Lebaran yang ke-9).. 30 Ogos adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menyambut Eidul fitri setelah 30 hari berpuasa.Selama itu jugalah syaitan dibelenggu,bahkan hanya Nafsu yang menguasai diri.Namun, terfikirkah anda adakah selama syaitan dibelenggu... Nafsu atau Bisikan Syaitan sebenarnya yang lebih kuat menguasai diri??? Ramadan adalah satu-satu bulan yang dapat menundukkan nafsu yang bongkak. Namun tajuk diatas mengenai Hormat Vs Haram bukanlah cerita mengenai Ramadan tetapi cerita yang akan dikupas semasa Syawal..Banyak keistimewaan di bulan Syawal .Antaranya dibulan syawal umat islam masih dapat menambah pahala seperti mandi sunat hari raya,beri tetamu makan,ziarah-menziarahi dan macam-macam lagi amalan-amalan sunat yang dapat dibuat di bulan syawal. Perasaan gembira dapat berjumpa sanak- saudara,bertukar cerita,bertanya khabar,dan bersalam-salaman memohon kemaafan. ( Bersalam-salaman) Terfikirkah anda dengan salam juga boleh dikira DOSA apabila kita tidak mengikut syariat yang Allah berikan. Kenapa pula?????? Kenapa???...hmmm...selain mahu menunjukkan kita adalah orang sangat menghormati tetamu.Namun, harus diambil berat tentang siapa Mahram dan yang bukan Bukan Mahram yang boleh disalam bukan main hantam asal orang tua salam..selidik dulu siapa dia, pak cik mendatang atau anak sepupu atau sepupu atau jiran dan lain-lain.Kenalpasti dulu apa hubungan kita dengan dia.. Ini adalah sedikit cerita yang ingin dikongsikan antara Mak Cik Senah dan Mak Cik Mariam.Mak Cik Senah dan Mak Cik Mariam adalah jiran.Suatu hari Mak Cik Mariam dan anaknya Haziq datang ke rumah Mak Cik Senah untuk berhari raya dirumahnya , "Anak awak Haziq sekarang belajar di mana?" tanya Mak cik Senah kepada Mak Cik Mariam."Oh,anak saya sekarang belajar di Amerika."jawab Mak Cik Mariam."Wah, sudah besar anak awak sekarang ! pandai pula " puji Mak Cik Senah kepada Mak Cik Mariam..Setelah setengah jam bertukar-tukar cerita.Mak Cik Mariam meminta izin kepada Mak Cik Senah untuk pulang.Setelah bersalam-salaman dengan Mak Cik Senah dan memohon kemaafan,dan seterusnya Haziq pula bersalaman dengan Mak Cik Senah menunjukkan tanda Hormatnya kepada Mak Cik Senah.. Mengikut cerita diatas,adakah di bolehkan Haziq untuk bersalaman dengan Mak Cik Senah yang mana tidak ada apa-apa hubungan.Bahkan hanya sekadar jiran??? Mungkin itu adalah tanda hormat Haziq kepada Mak Cik Senah,tetapi banyak cara lain yang boleh menunjukkan yang kita hormat kepadanya.Walau setinggi mana atau sejauh mana kita belajar,namun ilmu-ilmu seperti ini tidak boleh kita tidak ambil berat! Tidak boleh tidak kita mesti tahu. Sekadar gambar hiasan Disini ada hadith yang menyebut bahawa " Seorang itu lelaki itu lebih baik bercampur bebas dengan khizir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidah halal baginya bergaul dengan mereka"..namun bukanlah yang dimaksudkan bersalaman dengan khinzir lebih baik tetapi yang mahu di tekankan ialah haram bersalaman dengan yang bukan mahram. Renung-renungkan dan selamat beramal.. " (Disini disediakan link tentang "Bukan semua ahli keluarga boleh berabat tangan)" Suka baca artikel ini.. ."http://fikirdanrisau.blogspot.com/2010/04/kadang-kadang-sengaja-aku-menulis-blog.html " |