![]() ![]() Assalammualaikum. Followers |
Hakikat Syukur....
" Tauladan daripada solat Nabi Muhammad.. "
Suatu ketika Abu Dzar al-Ghiffri melihat rasulullah solat malam .Dia pun ikut bermakmum padanya.Pada rakaat pertama ,Rasul membaca surah al-Baqarah dari awal. Baginda terus sahaja membacanya sampai ratusan ayat." Mungkin Baginda akan sujud pada ayat yang kedua ratus," demikian fikir Abu Dzar. Ketika tiba di ( ayat 200) , Abu Dzar bersiap untuk rukuk. Ternyata , Rasul meneruskan bacaannya. Maka Abu Dzar membatalkan rukuknya." Mungkin Baginda akan rukuk setelah al-baqarah ini selesai, " demikian fikir Abu Dzar berikutnya. Maka setelah surah al-Baqarah selesai dibaca (286 ayat) , Abu Dzar kembali bersedia untuk rukuk.Ternyata, Rasul meneruskan membaca surah an-Nisa' . Maka Abu Dzar membatalkan rukuknya. "Mungkin Baginda akan rukuk setelah membaca surah al-Imran ," fikir Abu Dzar kembali. Maka ketika Rasulullah selesai membaca surah al-Imran (200 ayat), Abu Dzar kembali bersedia untuk rukuk. Ternyata,Rasul meneruskan membaca surah an-Nisa'. Akhirnya setelah surah an-Nisa' selesai dibaca(176 ayat), Rasul bertakbir lalu rukuk.Maka Abu Dzar mengikutinya. "Dan rukuknya Baginda hampir sama lamanya dengan berdirinya ," ungkap Abu Dzar. Pada saat berdiri di rakaat pertama tersebut Rasul membaca (762 ayat) . Sungguh luar biasa! . Demikianlah hebatnya solat Rasulullah, tidak hairanlah bilamana kaki Baginda sampai bengkak-benkak .Hal ini diungkapkan Ummul Mukminin, Aisyah binti Abu Bakar. Mari kita renung-renungkan, Baginda yang maksum ini sanggup melakukan solat yang lama semata-mata tanda syukurnya pada Allah yang di Cintai.. Adakah kita antara golongan yang sentiasa bersyukur kepadaNya??? Renungkanlah...." Usahlah Hitung berapa banyak nikmat yang Allah berikan tetapi Hitunglah berapa banyak lafaz syukur yang telah di ungkap..."
|