TUAN TANAH SEDANG ONLINE
HAMBA ALLAH


Skin by : Mrs Yaya
Full Edited : Ainie Muniera
Blog Owner : Anis Sakinah
best view : mr.google


Home The Owner List Story




Assalammualaikum.
Sila Tinggalkan Jejak Anda Ye! Syukran^^

Followers



Jom Maanfaatkan Masa Cuti !!







  " Hmmm...Lamanya cuti......Agaknya apa yang kita boleh buat masa cuti ni? huh!! Dah jadi macam SURI RUMAH  dah rasanya..Bangun pagi solat,kemas rumah, masak sarapan, tengok televisyen, buka internet.....tidurr "~ itulah biasa kedengaran apabila masa cuti panjang tiba daripada para pelajar..

 Ya, itulah dilema yang dialami oleh para pelajar khususnya,kerana mereka diberikan temph cuti yang agak panjang dalam pengajian mereka.Tidak  terkecuali juga Mahasiswa di pengajian tinggi.Cuti semester yang lama seolah-olah " SYURGA" sementara bagi mereka kerana tidak perlu tergesa-gesa menyiapkan 'assignment' dan membuat persiapan 'Presentation'..

 Allah berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat ke-11 yang bermaksud : " Nescaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dalam kalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan (dalam kalangan kamu ) beberapa darjat."





CUTI BUKAN SYURGA HAKIKI 

Apabila kalimah ' syurga ' berada difikiran dan bayangan setiap orang ,sudah semestinya akan muncul sesuatu yang indah dan bahagia , yang mampu membuatkan setiap orang yang membayangkannya lalu tersenyum panjang , dan mula berangan-angan untuk menikmati setiap keindahan tersebut.

 Namun, cuti itu bukan syurga .Masa lapang yang diperuntukan buat setiap orang ; lebih-lebih lagi kepada para pelajar / Mahasiswa , bukan keseluruhannya diperuntukan untuk bersenang - lenang sebagaimana yang digambarkan oleh mereka.Cuti itu ada maknanya yang tersendiri.

Benar, komitmen untuk menghadiri kelas semasa cuti tiada .Namun, komitmen sebagai seorang pelajar itu seharusnya kekal berada dalam setiap jiwa orang yang cintakan ilmu.Biarpun tiada kelas setiap hari seperti kebiasaannya , pastikan setiap hari akan ada ilmu baru yang masuk dalam diri!!

Hidup perlu kreatif..Banyak cara yang boleh diatur untuk mengisi masa lapang.Antaranya, mantapkan bahasa ( Inggeris, Arab, Cina .....), belajar memasak, ambil lesen kereta, kemas rumah sekemas-kemasnya, mengajar adik-adik..( dari sudut keduniaan ~ itu pun ibadah ~) SubhanaAllah senangnya dapat pahala...



Seronoknya baca quran

Selain itu, boleh juga mantapkan hafalan, mantapkan pembacaan, pergi kelas-kelas agama..hmmm...susah ke?? tidaklah...itu semua ada pada diri, hendak atau tidak sahaja. Jika masa kuliah kita sibuk dengan "assignment" dan " presentation" sampai tidak terbangun-bangun untuk bertahajud, Ayuh !!! apa lagi ambil peluang keemasan ini untuk mujahadah bangun untuk-Nya, habiskan bacaan al-quran .Mulakan perubahan untuk merubah diri dan ahli keluarga.

Cuti itu bukan sekadar mahu melepaskan rindu dengan ibubapa,adik-adik dan saudara-mara sahaja.Tetapi cuti juga perlu ada " OBJEKTIF "..Pastikan cuti kita adalah cuti yang berkualiti.







Older Post | Newer Post