![]() ![]() Assalammualaikum. Followers |
Menuju Hidayah-NYA
" Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya hanya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran".
(Al-Zumar : 9)
Dalam Surah Mariam, Allah menyatakan kepada kita keadaan para Nabi dan orang- orang soleh yang mendapat cahaya hidayah semasa membaca Al-Quran.
Tangisan para nabi dan orang-orang yang mendapat hidayah kerana mereka memahami dan menghayati dengan mendalam maksud ayat-ayat Allah.Sesetengah orang tidak menghayati makna disebalik ayat tersebut tetapi sekadar terpaku dengan alunan suara merdu bacaan kita.
Malah,lebih menyedihkan,tidak kurang juga semasa mendengar alunan suara bacaan al-Quran dikumandangkan,masih ada segelintir manusia berbual-bual kosong dan bergurau senda semasa dibacakan ayat al-Quran.
Justeru itu,jika kita merasakan Hidayah Allah datang dengan perasaan ingin berubah kearah kebaikan...Ayoh!! " JANGAN DITANGGUH-TANGGUHKAN"..dIkuatiri Hidayah itu Allah beri kepada orang yang lebih BERHAK mendapatkannya...
|