TUAN TANAH SEDANG ONLINE
HAMBA ALLAH


Skin by : Mrs Yaya
Full Edited : Ainie Muniera
Blog Owner : Anis Sakinah
best view : mr.google


Home The Owner List Story




Assalammualaikum.
Sila Tinggalkan Jejak Anda Ye! Syukran^^

Followers



Sukarkah Ikhlas dihatimu??

In The name of Allah,The Most Gracious,Most Merciful.



" Al-Imam Hassan Al-Banna mengertikan ikhlas sebagai berikut: 



"Hendaklah seorang Muslim menyengajakan perkataan,perbuatan dan jihadnya semata-mata kerana 

Allah,mencari keredaan dan mengharap pahala yang baik,tanpa mempedulikan 

harta,kemewahan,pangkat,kesulitan,kemajuan,mahupun kemunduran. Dengan demikian,ia akan 

menjadi pejuang pemikiran dan akidah, bukan pejuang kekayaan dan kesenangan. "




 Sukarnya Ikhlas Dihatimu..



      Membersihkan dan memurnikan perbuatan daripada segala macam kesenangan duniawi bukanlah

 perkara yang mudah seperti yang diduga ramai orang. Sifat inilah yang memerlukan perjuangan yang

 bersungguh-sungguh dengan mengalahkan sifat ego dengan membuang segala kesenangan peribadi

 yang bersifat sementara.Dengan ini seseorang itu harus berusaha menyucikan jiwa daripada faktor-

faktor yang mendatangkan riya',bongkak dan suka populariti.



     Kerana inilah adalah faktor-faktor yang menyebabkan mengapa begitu sukar untuk mengikhlas

 hati. Maka wajarlah jika ada seorang ulama',ketika ditanya tentang amalan yang paling berat 

dilaksanakan ialah "Membersihkan niat daripada segala macam campuran itu lebih berat bagi

 pendakwah daripada menyucikan amal perbuatan yang lain.




     Ulama lain berkata,"Suatu pekerjaan yang sulit dan berat dilakukan di dunia ini adalah IKHLAS.

 Sudah berapa kali saya berusaha keras mematahkan riya' dari dalam kalbu,namun ternyata ia 

tumbuh lagi dalam bentuk lain"." 



       Dasar Penerimaan Allah Terhadap Amal Perbuatan



      Suatu amal soleh akan diterma Allah jika ia memenuhi dua rukun. Pertama, amal perbuatan itu

 harus  didasari keikhlasan dan niat yang murni. Kedua,amal perbuatan itu harus sesuai dengan 

sunnah Nabi Muhammad dan syariat islam.Jika kita bersandarkan kepada rukun pertama,maka agar 

amal perbuatan diterima oleh Allah,batin kita harus bener-benar bersih.Dan bersandarkan kepada 

rukun kedua,maka dari segi lahiriah kita harus bersih. 

             




      Diriwayatkan dari Ubay bin Ka'ab,ia berkata : 

      "Berilah khabar gembira kepada umat ini,bahawa mereka akan diberikan kemudahan oleh 

Allah,diberikan kejayaan dalam agama,diteguhkan kekuasaannya di negerinya ini,dan diberikan 

kemenangan.Siapa di antara mereka yang beramal dengan amalan akhirat tetapi didasari keinginan 

mendapatkan kemewahan duniawi,maka tidak ada baginya bahagian di akhirat."



     Menurut segi zahir hadith ini,niat yang menduakan  amal perbuatan akan merosakkan pahala

 seluruh perbuatan itu.Maksud niat yang menduakan ialah seseorang mengharapkan pahala daripada

 Allah,tetapi seiring dengan itu,ia ingin mendapatkan kesenangan duniawi seperti harta,jawatan,dan 

perhatian orang.Allah tidak menyukai amal perbuatan dan hati yang menduakan niat. Kadang-kadang

 terfikirkah kita sama ada kita telah menduakan niat kita?Perasankah kita kadang-kadang apabila kita 

semangat mengajar sahabat tetapi dihati kecil ini telah menduakan niat?(menunjuk-nunjuk dengan 

ilmu yang kita ada).Wahai saudara dan saudariku muhasabahlah hatimu, sucikan jiwamu dari segala

 kekotoran yang bisa merosakkan amalanmu.Moga Allah menerima satiap amalan hamba-hambanya.


    Perhatikan hadith sahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah tentang keadaan orang-orang yang

 beramal kerana ingin diperhatikan oleh orang lain.Menurut hadith ini,pada Hari Kiamat mereka akan 

dihanguskan oleh api neraka.Mereka itu terdiri dari tiga kelompok:

Pertama, seorang Mujahid yang seluruh hidupnya dipergunakan untuk berperang tetapi dilakukan 

supaya dikatakan seorang yang berani atau pahlawan.


Kedua,seorang yang berilmu yang mana setiap hari belajar dan mengajarkan ilmuna kepada orang

 lain,tetapi ia melakukannya agar dikatakan sebagai orang yang benar-benar alim dan luas ilmu 

pengatahuannya.


Ketiga, seorang yang kaya dan tidak segan-segan memberikan sedekah kepada orang-orang tertindas 

namun dia melakukannya itu supaya dikatakan sebagai seorang dermawan.



Amalan ketiga-tiga orang seperti di atas ini,dihapuskan oleh Allah.Semoga kita muslimin dan 

muslimat yang di redai Allah yang tidak tergolong dalam kalangan ini.Na'udzu billaahi min zalik...



................................................................................................


      Buku yang menyentuh hati dan memberi kasedaran tentang keikhlasan.....


 




cintaislam91,
Kulai Jaya,
Johor.





Older Post | Newer Post