Kisah Pengurus, Anak Dan Seorang Ibu
Pada suatu pagi,berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon
temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah
sehinggalah sepanjang pengajiaannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh
keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, " Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti ?"
Gadis itu menjawab " Tidak".
Pengurus itu bertanya lagi, " Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian ?"
Gadis itu menmenawab , " Ayah saya telah meningal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang
membayar semua yuran pengajian saya ."
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, " Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain
dahulu ?". Gadis itu menjawab , " Tidak pernah . Ibu selalu berpesan supaya saya belajar
bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan . Tidak pernah dia meminta saya untuk
menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut
membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa
semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi . Dia pulang ke
rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya. Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi
tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah
tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir
ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak
calar ditangan ibunya. Kadangkala ibunya mengadu kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama- kelamaan gadis itu nula menyedari bahawa tangan inilah yang bersusah payah membasuh
kain setip hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajianya di sekolah dan universiti .
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi masa depan soerang anak. Setelah selesai
membersihkan tangan ibunya, gadis itu senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih
tertinggal .
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
" Apa yang telah awak buat dan pelajari samalam di rumah ?".
Gadis itu menjawab ,
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal ".
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa ?
Gadis itu menjawab. " Pertama , saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu ,tiada
kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat
belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa
pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lau berkata , "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari
pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain , orang yang tahu penderitaan orang lain dan
orang yang tidak meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk
bekerja disini ." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan
sekerjanya . Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
..............................................................................
Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah
demi masa depan kita sebagai anak-anak. Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah
melakukan kerja-kerja rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan
dialami oleh mereka..
cintaislam91,
Kulai Jaya,
Johor.
Older Post | Newer Post