TUAN TANAH SEDANG ONLINE
HAMBA ALLAH


Skin by : Mrs Yaya
Full Edited : Ainie Muniera
Blog Owner : Anis Sakinah
best view : mr.google


Home The Owner List Story




Assalammualaikum.
Sila Tinggalkan Jejak Anda Ye! Syukran^^

Followers



"Alirkan perasaan " Bersangka Baik " dalam dirimu."

Tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa  bersangka baik sesama insan:



1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.

Ucapkan dalam hatimu :

“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. 
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”



4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):

“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan 
pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia 
lebih baik dariku.”

5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat 
kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.

Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :

“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan 
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.




 * Harus kita ingat bahawa Allah memberikan hidayah dan taufik kepada setiap hamba-
Nya dengan jalan yang berbeza-beza. Salah satunya dengan mendatangkan musibah sakit 
kepada hamba-Nya.



Universiti Sains Islam Malaysia,
Nilai,
Negeri Sembilan.
8.20 a.m.
8 Disember 2012.


Older Post